Thursday, May 7, 2009

mencengkam.

hehe.sekarang pukul 6 pagi.pagi kan?hasrat bangun pagi nak baca sesuatu.pukul 430 pagi mata dah terjegil dengar asmaul husna dibuat alarm.=)snooze.tido balik.tidak berkesan.mungkin kena guna yassin pulak lepas ni.akhirnya pukul 6 berjaya memujuk diri meninggalkan katil.laptop dinyalakan dan entry ini ditulis.ini introduction.karangan kena ada intro.kan cikgu dah ajar..

begini lah hidup seorang pelajar universiti..sepatutnyalah.saya baru mulaa buat hari ni.walaupon dah agak lama berkecimpung dengan universiti.only if ipba can be considered as university.i think so.mungkin kerana didesak oleh tugasan-tugasan yang berhimpun.tekanan semakin dirasai.saya nak tengok true blood episod seterusnya pon tak sempat-sempat lagi.sadis.

orang kata pelajar universiti kena all-out masa belajar.tak.saya all-in.ok fatin.tak lawak.sekarang hujan di luar.autumn.hujan selang sehari.kadang-kadang dua hari tak berhenti.tapi tak banjir.pelik.mungkin sebab tu air punya bil kat wellington murah.dia pakai air hujan.mungkin.bila hujan,ditambah cuaca sejuk pelajar-pelajar universiti yang kurang cekal akan terus dibuai mimpi walaupun kelas lagi 5 minit nak start.ada.tapi nasib baik ada bas..

sepatutnya saya sedang membaca sekarang.buku dah dibuka.input,interaction and output in second language acquisition.baru baca tajuk.sejuk.baru saya tahu,rupa-rupanya centralised heater kat stafford ni ditutup bila menjelang pagi.hampes mak enon baldi hell betul.patutlah selama ini saya susah bangun pagi.sejuk.tido digalakkan.nasib baik ada budak-budak kecik nyanyi asmaul husna kejut saya pagi-pagi.untuk tido yang lebih lena,semalam,saya alihkan katil saya pegi sebelah heater.memang lena.suam-suam kuku.=)

tiba-tiba teringat exam.exam saya 18hb jun.sila ucap good luck.the first.the last.the only paper actually.lepas tu cuti!!tidak decide lagi kemana-mana.mungkin mahu bekerja.carik duit untuk menampung hidup yang ada nafsu melampau kat sini.mungkin boleh jalan-jalan time winter nanti.main snow..wee!excited.tak pon pegi tengok penguin melintas jalan raya kat dunedin.comel kan.angguk.masih merancang.

ok.saya mahu buat apa yang sepatutnya saya buat walaupun saya tahu saya malas dan tidak cekal untuk bangun pagi.ok fatin.dah.buat kerja kau.chiao~

ok.tajuk tak relevan.

2 comments: